❀ Puding Strawberi Mudah Dimasak ❀

Kebanyakan kanak-kanak gemar makan buah strawberi. Rasanya yang masam manis lebih sedap jika dimakan dengan coklat cair, krim putar atau madu. Tetapi apa salahnya jika sesekali buat puding berperisa strawberi. Mudah dan ringkas disediakan bahkan sedap dimakan jika disejukkan.


Bahan-bahan:

• 25gm serbuk agar-agar
• 250ml susu cair
• 250ml air
• 5gm gula buah-buahan
• 100gm gula
• Hirisan buah strawberi | untuk hiasan


Cara menyediakannya:

1. Didihkan air bersama gula hingga hancur. Kacau rata.
2. Tuangkan susu cair.
3. Masukkan serbuk agar-agar, tutupkan api dan masukkan gula buah-buahan.
4. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan.

Ulasan

Catatan Popular